Sunday, July 26, 2009

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Apa khabar saudara/saudari pembaca blog ini? Mesti ada yang tertanya-tanya betul ke team gof ada dekat udm? tak pernah nampak pun? Ye, sudah diasaskan oleh encik muzaffar atau senang dipanggil encik pa dalam kalangan kita, ye tak?

Team Golf UDM masih tidak mempunyai pemain yang cukup untuk dijadikan satu team yang lengkap. Saya menyeru jika ada antara saudara dan saudari yang percaya diri anda boleh bermain golf (seboleh-bolehnya dengan peralatan sendiri) untuk datang ke driving range yang baru dibuka di pintu kedua UDM kampus KUSZA tu.

Bayarannya taklah semahal driving range swasta berada diluar sana.

Student: RM5 untuk 100 biji bola
Staff dan orang luar: RM 7 untuk 100 biji bola
Driving range luar menawarkan 100biji bola untuk RM 10, maksudnya 200 biji bola di sini. Murah kan? Dan abang Pian, selaku orang yang bertanggungjawab terhadap Range itu sedia mengajar sesiapa sahaja yang berminat sama ada baru, atau yang datang untuk memperbetulkan kesilapan.

Macam mana? ada berani ke? ramai yang bertanggapan golf ini sukan yang tidak berpeluh (tapi saya lihat ramai yang berpeluh ketika main) tidak sihat (ramai yang sihat je, kecuali yang tak jaga kesihatan sendiri, tu masalah diorang) dan sangat mahal (saya tak nafikan sedikit mahal, tapi dengan kemudahahn ayng ada di UDM, saya rasa tiada masalah). Jomlah join saya di driving range UDM setaip rabu dan khamis serta hujung minggu.

Jumpa di sana ye kawan-kawan

No comments:

Post a Comment